ABOUT ME ENTRY CERPEN DOODLE

Saturday 31 December 2016

2016

Posting all my repekan dalam draft. Sempena tahun baru yang bakal menjelang. Chewah. Kelas kau Maria.

Tahun 2016 merupakan tahun yang memerlukan banyak kesabaran. Believe it or not, I survive. Ada sesetengah masa aku sangat happy bergelak ketawa. Setengah masanya lagi aku menangis berlelehan air mata. Tu la orang kata, gelak banyak nanti nangis. Padan muka.

Sem ni sem terakhir aku sebagai seorang pelajar. Lepas ni dah takdak ponteng kelas, study last minit dan tengok movie sampai dua tiga pagi. My life as a student have come to an end. Chewah. Tapi apa yang special untuk tahun 2016 ialah bila aku kerja part time. Aku sangat-sangat bahagia dapat kerja dan sangat suka dengan kerja aku. Except for a few things kebelakangan ni. Dan sebenarnya aku dah officially unemployed semalam. Hahhaha, yesterday is my last day. Goodbye bos. Jangan lupa masukkan gaji ;)

Kerja sambil belajar memang letih gila. Mostly aku memang takde kat bilik. Kalau tak kerja, ada kelas. Kalau takde kelas, kerja. Tapi ada je masa keluar pergi makan. Walaupun aku nampak je macam busy tapi sebenarnya sempat je nak tengok cerita satu episode sehari. Selalu jugak tak tido sebab kena buat assignment dan esok paginya kena pergi kerja. Memang tahan je lah mata. My time management sucks.

Sepanjang aku kerja, aku discover a few things about myself. Aku sedar rupanya aku ambivert instead of introvert. Lol, baru tau. Ini disebabkan bila aku dah tak kerja aku rasa stress duduk sorang-sorang dalam bilik dan tak buat apa-apa. Tapi bila ingat balik, time kerja aku happy sebab jumpa dengan ramai jenis manusia. Ada yang sopan, softspoken, ada yang jenis tak menyabar dan macam-macam lagi. Paling aku suka bila kawan-kawan yang aku kenal datang kedai. Mula la aku perasan diri aku ni popular. Haha. Tapi memang softskill semakin meningkat sejak kerja ni. Pakcik-pakcik bas pun kenal aku. Customer pun ramai yang dah recognise dan selalu sembang-sembang dengan aku. Aku happy :)

Pengakhiran tahun 2016, aku sedar banyak benda aku nak capai dalam hidup ni. Terlalu banyak sampai kadang-kadang aku malas nak fikir. Salah satu benda yang aku nak buat ialah pergi solat dekat random masjid/surau serata Malaysia. Belum tercapai tapi dah ada a few masjid yang aku dah pergi dan jatuh cinta (Masjid Puncak Alam). Dan ada juga hajat aku yang aku rancang tapi tak menjadi. Aku banyak belajar sabar dan terima apa yang Allah dah aturkan untuk tahun ini. Jadi, amalkanlah doa ni selalu yer.

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Aku memohon dengan rahmat pertolonganMu. Perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau kadar sekelip mata"

Amin

Semoga Allah berkati sepanjang penghidupan ini. Dan semoga tahun-tahun mendatang lebih baik dan menjadikan aku seorang yang lebih matang. Sekian.

Untuk Budak Kelas Aku

Okay, ucapan ni...mungkin aku dah siapkan beberapa bulan yang lalu. Cuma aku tambah sikit ajinomoto supaya rasanya sedap
p/s: kepada budak-budak kelas aku, sila baca dengan loghat utagha. walaupun hampa tak reti, tapi baca jugak noh.

Sekolah Rendah: orang kata aku pendiam
Sekolah Menengah: mungkin masih pendiam
Asasi: sama ja jugak
Degree: aku ter'infected' dengan semua suspek dalam kelas ni. Sebab..depa ni hingaq gila. Kalau hampa nak tau, oghang yang salu buat hingaq kat dalam surau sebelum masuk zohor tu depa ni la. Tak kira la surau fakulti sains ka surau ISB ka surau IPS ka surau KDK ka, ada ja benda nak sembang. Padan muka hampa tak boleh tidoq. Walaupun masih ada golongan yg lagi hingaq, lagi bising daripada depa, tapi aku masih suka golongan ni (nampak tak asabiah disitu). *aku tak bising, aku baik, lol*

Weyh, aku nak cakap terima kasih sebab buat hari-hari aku ceria. Chewah, poyo gila. Dak, serius nih. Kalau malam-malam aku sedih, esok pagi jumpak hampa kat kelas confirm aku gelak. Aku taktau hampa yang lawak ka aku yang mudah terhibur. Walaupun realitinya aku memang mudah terhibur. Cuma aku nak pesan, bawak-bawak la bertaubat sis. Hahaha

Terima kasih untuk sepanjang tiga tahun setengah ni, walaupun masih berbaki beberapa bulan. Tapi aku nak wish sekarang sementara masih ikhlas, esok lusa mana tau dah tak berapa nak ikhlas. Haha
Di kesempatan ini, aku mintak maaf andai ada terkasar bahasa dekat sapa-sapa, sengaja atau tidak sengaja kutuk sapa-sapa (aku selalu gelakkan orang, soriii weyh). Aku maafkan kalau hampa ada kutuk aku. Tapi senyap sudah, jangan bagitau apa benda. Minta maaf jugak sebab aku selalu senyap dalam group wassap. Walaupun tak reply, tapi aku baca.

Walau apa pun perancangan hampa lepas grad, aku doakan semoga semuanya dipermudahkan. Yang mana yang nak sambung belajaq, selamat berjuang. Semoga cukup duit untuk sambung. Sori, taknak join. Ehem, yang mana yang nak cari jodoh, semoga jumpa. Tapi aku harap aku kawen dulu dari hampa, lol (okay, tak boleh cakap pasal kawen nanti abah marah). Yang mana yang nak cari kerja, semoga dipermudahkan urusan. InsyaAllah ada rezeki kita (jangan lupa doa kat aku sama T-T, takut~).

Last but not least, aku doakan setiap satu antara hampa berjaya dunia dan akhirat. Aminnn. Jangan tinggai semayang (termasuk pesanan kat diri sendiri), jaga diri baik-baik dan buat yang terbaik untuk final. Aku tak larat nak kejaq dekan, hampa tinggai la aku dengan pointer ciput ni.

Aku, insyaAllah akan rindu hampa. Jumpa nanti.

p/s: tolong translate utk foreigner dalam kelas kita

Refleksi Untuk Hari ini


Berhadapan dengan manusia sehari-harian lebih susah berbanding berhadapan dengan benda hidup yang lain. Bila bekerja, bersemuka dengan manusia, itu bermaksud kau kena bersemuka jugak dengan perasaan dan emosi. Tak kata haiwan takdak emosi, ada. But still dealing with animals lebih senang dari deal dengan manusia.

Aku baru habis intern. Walaupun sekadar dua bulan, tapi aku haaaapppppyyy gila jumpa tikus. Rindu gila gila gila gila nak main ngan tikus lagi, huhu. Tikus tu bersih okay, tikus makmal. Walaupun dia selalu berak merata-rata, selalu panjat tangan, selalu tarik-tarik baju tapi aku tetap sayang. Aku rasa aku kena bela la sekoq tapi mahal dowh nak beli. Kalau tangkap sendiri boleh la, tapi sanggup ke?

Lepas habis intern, aku sambung belajar balik plus sem ni ambil part time. This is when the dealing with people starts. Kau kena belajar buat air, balut makanan, belajar jaga kaunter, belajar cara cakap dengan customer, belajar benda apa yang perlu ditanya, belajar kawal emosi, belajar buat kerja cepat dan belajar komunikasi dengan rakan sekerja.

This is where the problems come, when you know you're an introvert and you don't like to deal with people but you still have to. Today is a messed up. I'm doing bad. Very bad. Aku bukan saja dah kecewakan customer tapi aku kecewakan kawan sekerja aku, bos aku dan paling sedih aku kecewakan diri sendiri. Aku tau salah aku, silap aku. Tapi kau tak boleh suruh aku berenti jadi diri sendiri :'(

Aku minta maaf menyusahkan ramai orang.

His Path


What have I done sampai Allah permudahkan urusanku sampai macamtu skali? Nothing. I see what You want me to see. Thanks. Sungguhlah perancangan Allah tu tak pernah tak cantik, tak pernah tak terbaik.

"Wahai Tuhan Yang Maha Hidup, Wahai Tuhan Yang Maha Berdiri Sendiri. Dengan rahmatMu aku memohon pertolongan. Perbaikilah untukku urusanku semuanya. Dan janganlah Engkau serahkan aku kepada diriku sendiri walau sekelip mata"

Cis, emo pepagi buta nih.

Friday 29 April 2016

iPong


"Beb"
"Hmm..?" Aku angkat kening sebelah. Mengharap dia sambung bicara.

"Aku rasa nak beli iphone la"
Aku buat muka terkejut. Angin mana tiba-tiba datang budak ni. Aku mampu garu kepala je.
"Kenapa, bukan kau baru beli phone ke haritu?"
"Kamera dia lawa. Aku jealous tengok orang upload gambar lawa. Flawless je. Aku nak g hiking, tangkap gambar lawa-lawa. Nak tunjuk kat 'dia', aku pun boleh bahagia walaupun takde dia"

*sigh*. Tarik nafas pelan-pelan.

"Beb, for what? Kau dah sedia ada cantik kot. Kenapa nak kena guna kamera? Then, kenapa nak tunjuk satu dunia. Tak perlu la. Dah, tak payah, tak payah". Aku buat muka garang. Aed cebik tanda tak setuju.

*sigh lagi*. Tarik nafas. Sabar.

"Lagi satu, takyah la upload sangat. Kau perempuan beb, aku pun. Aku xnak kawan aku jadi macam....."
"Jadi macam apa?" Tak hilang lagi cebik dia.

"Entah la. Susah nak cakap. Jaga diri. Aku tau kau cantik. Nanti kalau kau lagi suka upload, lagi banyak jadi fitnah. Kau suka ke kalau ramai lelaki suka kacau kau. Aku taknak la entah lelaki mana-mana dok pm. Yang nak kau sebab lawa je. Please, jaga diri beb. Aku sayang kau" Dia diam. Aku sambung lagi membebel.

"Takyah tunjuk yang kau bahagia walau takde dia. Biaq pi kat dia Nak frust menonggeng ka apa ka. Lantak pi lah. Janji dalam hati ni, kau dah tenang. Lagipun, kau ada aku kan?". Aku angkat kening dua kali. Sengih macam kerang busuk. Dia senyum.

"Cheh, kau perempuan laaa"
"So what? Aku pun boleh bahagiakan kau sebagai seorang sahabat"
"Yelah-yelah" Aku cebik. Malas nak gaduh.

"Thanks beb"
Aku senyum.
"No hal. Sebab aku sayang kau"

:)

Beb, kalau kau baca ni. Aku just nak cakap. Aku rindu kau. Jaga diri baik-baik kat sana. Aku rindu nak dengar kau mengadu macam budak kecik. Aku rindu nak nasihat kau macam makcik. Aku tak izin untuk kita putus silaturrahim ni. Fi hifzillah. Semoga dalam jagaan Allah. Jumpa lagi kalau kau masih sudi tengok muka aku :')

Sunday 24 April 2016

Ihsan

Hubungan dengan tuhan jauh lebih senang untuk dijaga, berbanding hubungan dengan manusia.
Dalam konteks hubungan dgn tuhan adalah ibadah macam solat 5 waktu, baca quran, puasa, dhuha, mathurat, tahajud dan lain-lain.
Dengan manusia? Jaga hubungan dengan mak ayah, jaga hubungan bersahabat. Gembirakan hati mereka, beri nafkah, jaga makan minum, beri tuntutan hak, bimbing ke arah syurga Allah.

Susah tak susah?
Susah.
Sebab tu syurga bagi orang-orang yang sabar.

Ada orang diberi peluang untuk jaga mak ayah, walau belajar tak habis. Yang belajar jauh sejak dari form 1 sampai habis sekolah menengah. Sambung belajar universiti, jauh dari mak ayah, mungkin sedikit peluang untuk bahagiakan mereka.

Tak cakap yang satu lebih baik dari yang lain. Tapi masing-masing ada bahagian dia. Walau belajar jauh sekalipun, boleh balik sekali sekala kan. Bahkan dengan kita belajar sungguh-sungguh tu pun, sedikit sebanyak dah dapat gembirakan mak ayah.

Tapi bagi pendapat aku sendiri, orang yang duduk dengan mak ayah. Jaga makan minum diorang akan rasa nikmat sangat-sangat. Dari segi apa? Dari segi dipermudahkan dunia dan akhirat dia insyaAllah. Sebab dia pelihara sifat ihsan dia pada ibu bapa.

Kenapa hubungan manusia jauh lebih susah? Sebab kita tahu Allah Maha Pengampun, walau beribu kali kita buat salah, Allah yg Maha Besar akan tetap ampunkan, selagi kita bersungguh dan bertaubat. Dia akan berkali-kali maafkan walau Dia sendiri dah tahu macamana buruknya diri kita.

Tapi manusia? Kita tak tau kalau kata dia pemaaf, simpan dendam. Hati manusia, walau baik mana, mesti akan tinggalkan luka dengan kesilapan kita, dengan percakapan mahupun perbuatan kita.

Sebab tu, kita tak akan tau. Ada orang hidup biasa-biasa, amalan biasa-biasa, tapi nama dia sentiasa disebut di langit. Sebab apa? Sebab..hmm, nanti kat padang mahsyar kita tau la kan sebab apa.

Ada orang mampu jaga dua-dua. Tak kata perlu lebihkan hubungan manusia dari hubungan dengan Allah. Tapi insyaAllah, yakinlah dengan jaga hubungan dengan Allah, akan dapat bantu untuk jaga hubungan dengan manusia.

Fighting!

Saturday 2 April 2016

Priceless


Bila duduk makan sekali dengan orang. Jangan bukak tv, letak fon ditepi. Spend masa sama-sama.

Kenapa?

Tak kira dengan yang lebih tua, muda malah sebaya. Those small talks are priceless.
Dengan yang tua, kita boleh ambil ilmu.
Dengan yang muda, kita boleh kongsi ceria.
Dengan sebaya, kita boleh reflek diri.

Tuhan tak jadikan kita sorang-sorang. Rasulullah yang dah tak ada ibu, ayah, saudara-mara sekalipun masih ada sahabat :')
Jangan pernah rasa sorang-sorang. Kita ada someone yang Allah hantar untuk bahagiakan kita. Untuk buat kita senyum walau seketika :)



To you;
I've seen enough,
I've done enough,
Time to forgive myself :')




K, takde kaitan